Sebagai ibu bapak, kita mesti teliti dan perhatian bila anak kecil mulai batuk batuk, selsema, hidung tersumbat dan pastinya susah untuk mereka tidur malam. Kalau kita sebagai orang dewasa bila terkena batuk dan selsema, pastinya susah nak bernafas dan tidur malam. Apatah lagi anak kecil, yang masih tidak pandai untuk mengeluarkan hingus dan kahak untuk proses penyembuhan berlaku.
Usaha kita pasti samada untuk merujuk Doktor untuk mendapatkan ubat moden atau cuba petua - petua tradisional yang dapat membantu mengurangkan dan melegakan bayi atau kanak kanak yang batuk dan selsema. Berikut inilah beberapa tips yang saya bagikan untuk para orang tua :
1. Madu
Madu merupakan obat penyembuhan yang sangat mujarab untuk anak anda dan untuk semua orang.
Untuk anak anak saya, seawal usia setahun saya mengamalkan memberi mereka minum Madu setiap pagi sebelum sarapan. Bukan saja untuk mencapai kesihatan optimum malah dapat mengamalkan Sunnah Rasulullah dalam diri anak anak kita.
Jika mereka batuk atau selsema, saya akan menambahkan dos Madu kepada mereka daripada hanya 1x setiap hari kepada 2-3 kali.
Alhamdulillah, memang dapat di lihat kesannya. Menurut kajian Jerry D. Gray lagi, memakan madu ketika perut kosong membantu bagi membersihkan tubuh kita daripada lendir dan kahak.
Pilhan saya untuk anak anak ialah QASEH GOLD JUNIOR. Bukan saja bahan utama ialah Madu malah mengandungi 8 jenis makanan Sunnah dan tambahan lain. Alhamdulillah, memang memuaskan.
2. Minyak Bawang Putih
Kenapa Bawang Putih agaknya ya??
Mengikut hasil coretan Jerry D Gray dalam bukunya “Rasulullah is My Doctor’, Bawang Putih adalah satu satunya antibiotic yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.Bahkan, bapa ubat Antibotik iaitu Lois mengakui, bawang putih mempunyai kesan yang sama dengan penisilin. Menurut kajiannya lagi, Bawang Putih dapat membantu penyakit Keracunan Darah, Bronkitis, Kolestrol, Batuk Selsema dan Hidung Tersumbat, dan banyak lagi.
Ramuan ini banyak di kongsikan di Internet untuk membantu mengatasi batuk selsema bayi, iaitu bawang putih dicampur dengan minyak bayi/ zaitun dan diletakkan di tapak kaki Bayi dan dipakaikan stokin ( sebagai ‘Garlic Sock.) dan juga digunakan untuk disapu ke dada belakang dan leher Bayi. Di atas adalah cara - cara penyediaan yang telah saya coba beberapa kali untuk anak tersayang, dimulai dengan :
1. Kupas beberapa Ulas Bawang Putih
2. Bakar sehingga naik bau
3. Tumbuk hingga lumat
4. Campurkan dengan sebarang minyak Bayi/ minyak zaitun
5. Biar seketika
6. Ambil minyak dan sapukan kepada Bayi di tapak kaki, belakang, dada (Jangan ambil bawang putih ya, takut kulit anak sensitif)
3. Fisioterapi
Apa itu tepuk percussion ya? Menurut titipan Utusan Malaysia bertarikh 30 July 2009, Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi. Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
Caranya mudah :
1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal.
2. Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus
3. Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi
4. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
5. Pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.




Tidak ada komentar:
Posting Komentar